Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pada Isnin, Majlis Perlembagaan Mozambique mengesahkan keputusan pilihan raya yang diadakan pada Oktober lepas, yang menyaksikan kemenangan calon parti pemerintah FRELIMO, Daniel Chapo. Pengumuman itu mencetuskan rusuhan di seluruh negara. Foto AFP

Lebih 1,500 banduan larikan diri dari penjara keselamatan maksimum Mozambique

ByBernama

MOSCOW, 26 Dis: Lebih 1,534 banduan melarikan diri beramai-ramai di penjara keselamatan maksimum di tengah Mozambique, berhampiran ibu negara Maputo, susulan rusuhan yang tercetus selepas pengumuman keputusan akhir pilihan raya presiden negara itu, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik laporan media.

Pada Isnin, Majlis Perlembagaan Mozambique mengesahkan keputusan pilihan raya yang diadakan pada Oktober lepas, yang menyaksikan kemenangan calon parti pemerintah FRELIMO, Daniel Chapo. Pengumuman itu mencetuskan rusuhan di seluruh negara.

Kemudian pada hari yang sama, Agence France-Presse melaporkan lebih 1,534 banduan melarikan diri dalam kejadian itu, menurut komander jeneral polis, Bernardino Rafael. Ketua polis itu turut memaklumkan bahawa 33 banduan terbunuh dan 15 lagi cedera semasa kejadian berkenaan.

“Kami mengesahkan insiden pelarian ini, tetapi pasukan kami masih berada di lapangan untuk menentukan angka sebenar dan butiran lain,” kata setiausaha tetap Kementerian Kehakiman Justino Tonela kepada agensi berita itu.

Menurut Rafael polis berjaya menahan semula kira-kira 150 banduan yang melarikan diri.

Penjara Keselamatan Maksimum Maputo, yang terletak lebih 13.84 kilometer dari ibu negara, menempatkan lebih 3,000 banduan yang disabitkan dengan jenayah ganas, kebanyakannya pembunuhan, menurut Kementerian Kehakiman Mozambique.

Pilihan raya umum diadakan di Mozambique pada 9 Okt, dengan keputusan awal menunjukkan Chapo mendahului untuk jawatan presiden. Calon bebas, Venancio Mondlane menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap keputusan awal itu dan menggesa aksi penentangan awam secara besar-besaran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan