Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kereta terbakar hampir musnah sepenuhnya di Jalan Tudan Fasa 4, Miri, hari ini. Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong

Kereta terbakar di Jalan Tudan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 26 Dis: Sebuah kereta jenis Perodua Kancil hampir musnah keseluruhan dalam satu kebakaran di Jalan Tudan Fasa 4, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada awal pagi dan segera mengarahkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) untuk ke lokasi kejadian.

Setibanya di tempat kejadian, anggota bomba mendapati kebakaran yang marak menyebabkan kerosakan sekitar 90 peratus pada kenderaan tersebut.

Henry menjelaskan, pasukan bomba bertindak pantas menggunakan pendekatan RECEO (Penyelamatan, Pendedahan, Pengasingan, Pemadaman, Penilaian Semula) untuk menilai situasi.

Menurutnya operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu pancutan salur bantu mula air dari jentera, dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan serta tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan