Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi tadi. Foto JBPM Perak

Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE

ByBernama

IPOH, 26 Dis: Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa yang maut ialah Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, dan anak lelakinya yang berusia kira-kira dua tahun.

“Kedua-dua mangsa menaiki kereta Perodua Kelisa, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lelaki berusia 24 dan kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia tiga tahun yang menaiki kenderaan sama hanya mengalami kecederaan ringan,” katannya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya dua mangsa lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Wira, mengalami kecederaan ringan.

Sabarodzi berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 22 kilometer, selepas menerima panggilan pada 5.15 pagi.

Beliau berkata kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan