Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan keadaan mangsa yang terbabit kemalangan di Sarikei, hari ini. Foto PGOB Sarawak

Warga emas maut, kereta dipandu bertembung pikap

SARIKEI, 25 Dis: Warga emas yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 435, Jalan Betong, Sarikei dan Meradong hari ini disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Sarikei, P/Supt Aswandy Anis dalam satu kenyatan memberitahu, mangsa yang juga pemandu Perodua Kembara berusia 65 tahun, maut akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Susulan insiden kira-kira 9.30 pagi itu, katanya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada.

” Mangsa yang dikenali Wong Luk Ing berasal dari Sarikei meninggal dunia sewaktu mendapat rawatan di Hospital Sarikei.

“Sementara kedua-dua pemandu pacuan empat Roda Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenderaan Hilux yang dipandu lelaki berbangsa Cina berusia 57 tahun dari Bintulu itu menuju ke Betong memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Kembara dari Jakar menghala ke Jalan Jongkong.

Manakala Toyota Hilux yang mengekori Perodua Kembara itu pula katanya, merempuh belakang Perodua Kembara tersebut.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan. Pihak polis menyeru agar mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Ahmad Mustaqim Idris di talian 0104427240 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati semasa memandu di musim perayaan bagi memastikan keselamatan diri dan pengguna jalanraya yang lain,” katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) akta pengangkutan jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan