Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas jatuh sungai ketika melakukan kerja-kerja mengemas bot di jeti Kampung Kelaoh, Lundu, hari ini.Foto JBPM

Warga emas jerit minta tolong sebelum dihanyut arus deras

LUNDU, 25 Dis: Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas jatuh sungai ketika melakukan kerja-kerja mengemas bot di jeti Kampung Kelaoh di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Khaizul Buang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 8.20 pagi dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.

“Menurut maklumat dari saksi yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian mangsa, Jokepli Hamidi,60, dipercayai telah terjatuh ke dalam sungai dari bot yang dinaikinya ketika sedang mengemas bot di jeti.

“Mangsa kelihatan berpakaian berwarna biru muda lengan panjang dan berseluar tracksuit berwarna hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa sempat meminta bantuan dan berusaha untuk berenang ke tebing sungai.

“Saksi menyiapkan bot dan terus menuju ke arah mangsa untuk menghulurkan bantuan, bagaimanapun mangsa telah hilang dihanyutkan arus deras.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan menggunakan teknik surface searching di sekitar kawasan lokasi mangsa jatuh,” ujarnya. – TVS

Tags: lemas, lundu, SAR

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan