Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Pan Borneo, Jakar, Sarikei, hari ini.Foto JBPM

Warga emas cedera, kemalangan babit tiga kenderaan di Jakar

SARIKEI, 25 Dis: Seorang lelaki warga emas cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Pan Borneo, Jakar di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Hilary Pitre Ambit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 9.50 pagi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu dua buah pikap dan sebuah Perodua Kembara.

“Seorang mangsa pemandu Perodua Kembara masih tersepit di tempat duduk penumpang hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa berusia 65 tahun berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas Road Traffic Accident (RTA) sebelum diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dikejarkan ke Hospital Sarikei bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Pemandu pikap kedua-dua lelaki berusia 31 dan 57 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan