KUCHING, 25 Dis: Meskipun berbeza latar belakang, ia bukan penghalang dua insan bersatu menyemai kasih sayang untuk mencipta bahagia bersama.
Kisah manis itu dibawakan oleh PETRONAS menerusi filem ‘Setulus Hati’, sebuah kisah yang mengetengahkan tema kasih sayang, memaknakan penerimaan dan membuka lembaran baharu.
“Bertemakan permulaan baharu demi kemajuan bersama, filem ini mengisahkan penyatuan dua insan daripada latar belakang yang berbeza melalui sebuah ikatan perkahwinan dalam budaya Peranakan yang penuh warna-warni dan kaya dengan tradisi.
“Setulus Hati’ membawa penonton menyelami perasaan seorang gadis bernama Su Lin apabila ibunya membuat sebuah keputusan penting untuk memulakan hidup bersama pasangan baharu,” menurut satu kenyataan PETRONAS pada Jumaat.
Su Lin yang sekian lama merasakan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya daripada ibunya, kini dibelenggu oleh perasaan yang terpendam dan tanpa diduga lantas gadis itu meluahkan isi hatinya ketika majlis berlangsung mengejutkan semua yang hadir.
Saksiksan ‘Setulus Hati’ di laman rasmi YouTube dan Facebook PETRONAS bermula 24 Disember 2024. -TVS