Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rayis lasa merakam gambar kenangan bersama keluarga selepas menghadiri bersembahyang di Gereja St. Peter. Foto: TVS

Rayis pandu lima jam demi ikuti upacara keagamaan di Gereja St. Peter

KUCHING, 25 Dis: Teruja serta ingin merasai pengalaman beribadah di Gereja St. Peter di sini membuatkan Rayis lasa sekeluarga menempuh perjalanan lima jam dari Sibu untuk mengikuti upacara keagamaan di gereja terbesar di Sarawak itu pada pagi tadi.

Rayis, 48 bersama isteri, Jennifer Jeffery, 42 dan tiga anak mereka turut memanfaatkan cuti persekolahan yang bertepatan dengan perayaan Krismas kali ini untuk melawat beberapa tempat menarik di Kuching selepas melakukan ibadah di gereja berkenaan.

“Kami rasa bertuah kerana gereja ini baru dan dapat sama-sama bersembahyang pada hari Krismas ini.

“Selepas ini kami akan berjalan di Bandaraya Kuching, untuk melihat pemandangan dan tempat yang menarik bersama anak-anak,” katanya lagi.

Bagi pramugari syarikat penerbangan tambang murah, Emelda Eddy Ligham, 30, memberitahu dirinya sekeluarga turut merasa teruja untuk menyambut perayaan Krismas dengan bersembahyang di gereja baharu itu.

“Saya rasa teruja, sebab gereja ini baharu, jadi saya menyambutnya bersama keluarga disini untuk perayaan Krismas pada tahun ini,” ujarnya lagi.

Gereja St. Peter yang terletak di Padungan Kuching kini dibuka kepada penganut Agama Kristian Roman Kantolik selepas lima tahun ia dibina semula.

Bangunan ikonik itu menjadi gereja terbesar di Sarawak mampu memuatkan 1,500 penganut agama Kristian Roman Katolik dalam upacara keagamaan pada satu masa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan