Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata NRES telah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan perlindungan hidupan liar, termasuk spesies Harimau Malaya, melalui penambahan bilangan renjer komuniti kepada 1,924 orang pada 2024, dengan peruntukan berjumlah RM60 juta. Foto fail Bernama

Perlindungan hidupan liar diperkasa, denda RM10 juta antara pencapaian NRES 2024

ByBernama

PUTRAJAYA, 25 Dis: Peningkatan aktiviti penguatkuasaan perlindungan hidupan liar serta penetapan kadar denda baharu sebanyak RM10 juta bagi penjenayah alam sekitar merupakan antara kejayaan utama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada tahun ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata NRES telah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan perlindungan hidupan liar, termasuk spesies Harimau Malaya, melalui penambahan bilangan renjer komuniti kepada 1,924 orang pada 2024, dengan peruntukan berjumlah RM60 juta.

Selain itu, NRES turut melaksanakan pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024.

“Akta ini, yang kali terakhir dipinda sejak 1974, kini menetapkan denda maksimum bagi jenayah alam sekitar dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM10 juta, selain hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun,” katanya menerusi hantaran di laman media sosial rasminya hari ini, berkenaan rumusan pencapaian pasukan NRES untuk tahun 2024.

Nik Nazmi berkata kira-kira 350,000 hektar kawasan di daratan dan lautan telah diwartakan sebagai kawasan perlindungan baharu setakat September lalu di bawah insentif Ecological Fiscal Transfer (EFT).

Inisiatif lain termasuk bantuan kewangan bagi kerugian harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar, yang diperkenalkan pada tahun ini.

“Setakat September, seramai 130 pemohon telah menerima manfaat dengan jumlah keseluruhan bantuan melebihi RM410,000,” katanya.

Nik Nazmi berkata program Penghijauan Malaysia, melalui penanaman 100 juta pokok, berjaya diselesaikan setahun lebih awal daripada jadual, dengan pokok ke-100 juta ditanam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan