Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusoff mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama memahami kepentingan perpaduan, keharmonian, saling menghormati dan kebersamaan, pada musim perayaan ini. Foto fail Bernama

Krismas: Ahmad Zahid, Fadillah ajak rakyat Malaysia bersama-sama fahami kepentingan perpaduan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusoff mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama memahami kepentingan perpaduan, keharmonian, saling menghormati dan kebersamaan, pada musim perayaan ini.

Dalam ucapan sambutan Krismasnya, Ahmad Zahid menyatakan hasratnya agar perpaduan dapat berkembang di seluruh negara, mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama sebagai satu keluarga meraikan nilai-nilai bersama dan menghayati keindahan kepelbagaian negara kita.

“Saya berharap untuk Krismas kali ini agar perpaduan dapat berkembang di seluruh negara tercinta. Semoga musim kegembiraan ini merapatkan kita sebagai satu keluarga…Marilah kita memupuk semangat kebersamaan untuk mengeratkan ikatan kita dan berganding bahu ke arah membina sebuah masa hadapan Malaysia yang lebih baik dan makmur.

“Semoga perpaduan membawa kita ke arah yang lebih baik lagi, insya-Allah,” katanya dalam catatan Facebooknya pada Selasa.

Sementara itu, Fadillah dalam perutusan Krismasnya di Facebook pula berharap agar perayaan Krismas kali ini dapat membawakan kedamaian dan kasih sayang kepada semua.

“Marilah kita terus memelihara keharmonian dan perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan negara kita yang berbilang kaum, sambil memperkukuh lagi semangat saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.

“Inilah masanya untuk kita meraikan kebersamaan dan kekuatan perpaduan kita. Teruskanlah meraikan kepelbagaian kita dengan hati yang terbuka dan jadikan Malaysia sebuah negara yang penuh dengan keamanan dan persefahaman yang lebih bermakna,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan