Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gudang penyimpanan barang termasuk sebuah lori terbakar di Jalan Pandaruan, Kampung Tuna di Limbang, semalam.

Gudang simpan barang, sebuah lori terbakar di Limbang

LIMBANG, 25 Dis: Gudang penyimpanan barang termasuk sebuah lori terbakar di Jalan Pandaruan, Kampung Tuna di sini, pada Selasa.

Ketua Balai Bomba Limbang, Tawang Linggam berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 5.52 petang dengan menggerakkan 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan gudang penyimpanan barangan seperti jubin, cat dan kayu telah terbakar 50 peratus.

“Kebakaran juga melibatkan sebuah lori yang telah musnah keseluruhan. Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kerja-kerja mengawal dan memadam kebakaran menggunakan teknik ofensive dengan membentang 900 kaki dua aliran breaching tiga nozel dan sumber air dari pili bomba.

“Kerja-kerja pemadaman mengalami masalah tekanan air yang lemah. Kebakaran telah terkawal pada jam 6.49 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 8.58 malam.

“Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan