Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua buah kereta terbakar di Jalan Kampung Sungai Tapang, Kuching, hari ini. Foto JBPM

Dua kereta mewah tebakar di Jalan Kampung Sungai Tapang

KUCHING, 25 Dis: Dua kenderaan mewah dilaporkan terbakar di Jalan Kampung Sungai Tapang di sini, petang tadi.

Komander Operasi, Abdul Aziz Iswandi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 2.40 petang dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kenderaan jenis Mazda terbakar keseluruhan manakala kereta BMW terbakar 95 peratus.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menggunakan satu aliran salur bantu mula dan satu aliran dua nozel bagi memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, setakat ini tiada maklumat pemilik kedua-dua buah kenderaan diperolehi.

“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan