Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi mencari dan menyelamat(SAR) seorang lagi mangsa bot nelayan karam di perairan Pulau Burong terus dipergiat. Foto JBPM

Bot karam: SAR dipergiat, seorang lagi mangsa belum ditemui

KUCHING, 25 Dis: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa bot nelayan karam di perairan Pulau Burong di sini, terus dipergiat dan disambung esok.

Komander Operasi, Mohamad Meramit berkata, setakat ini lima orang mangsa disahkan selamat manakala seorang lagi masih hilang.

“Mangsa yang masih hilang ialah Chaloem Sonada warganegara Thailand.

“Tiga nelayan telah diselamatkan oleh bot nelayan lain yang lalu di kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, seorang nelayan berjaya dijumpai pasukan SAR di perairan laut Serpan, Asajaya semalam dan mangsa dalam keadaan selamat.

“Seorang lagi nelayan masih belum ditemui. Operasi pencarian di atur gerak oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM) bersama agensi sahabat.

“Sebuah bot nelayan bersama enam kru warganegara asing dilaporkan telah bertolak dari jeti Tanjong Bako ke laut untuk menangkap ikan pada Selasa lalu,” katanya.

Difahamkan bot nelayan berkenaan telah terputus hubungan dan dikhuatiri telah karam pada Jumaat lepas.

Operasi SAR ditangguhkan jam 6 petang tadi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan