Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia. Foto fail Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

“Semoga perayaan ini membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada mereka yang menyambut Hari Natal,” titah baginda.

Baginda turut bertitah masyarakat Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum, agama dan budaya menjadi tunjang perpaduan negara.

Hari Krismas disambut pada 25 Dis setiap tahun oleh penganut Kristian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan