Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan, pesawat Azerbaijan Airlines yang berlepas dari Baku menuju Grozny disahkan terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu. Foto AFP

28 terselamat, nahas pesawat di Aktau, Kazakhstan

ByBernama

MOSCOW, 25 Dis: Seramai 28 orang termasuk dua kanak-kanak dilaporkan terselamat dalam nahas pesawat penumpang di Aktau, Kazakhstan, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Menurut Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan, pesawat Azerbaijan Airlines yang berlepas dari Baku menuju Grozny disahkan terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.

Punca awal nahas dikaitkan dengan perlanggaran pesawat dengan sekumpulan burung, menurut Azerbaijan Airlines.

Kementerian Pengangkutan Kazakhstan mengesahkan terdapat 62 penumpang dan lima anak kapal di dalam pesawat malang itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan