Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 273 saman ke atas kenderaan yang diperiksa menerusi Ops Khas Kenderaan Perkhidmatan Awam dan Kenderaan Perkhidmatan Barangan di negeri ini semalam. Foto JPJ Pulau Pinang

25 bas disaman beroperasi tanpa pemandu kedua

BUKIT MERTAJAM, 25 Dis: Sebanyak 25 buah bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jauh dalam satu operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di tiga plaza tol di negeri ini pada Selasa.

JPJ Pulau Pinang dalam kenyataan berkata, Ops Khas Kenderaan Perkhidmatan Awam dan Kenderaan Perkhidmatan Barangan selama kira-kira 10 jam bermula pukul 10 malam dan berakhir 8 pagi itu membabitkan lokasi di Plaza Tol Juru, Plaza Tol Bukit Tambun dan Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

“Sebuah bas ekspres disita apabila pemandunya didapati tiada lesen memandu selain sebuah lori kontena dengan pemandunya di bawah umur.

“Sebanyak 25 buah bas persiaran dan ekspres disaman kerana tiada pemandu kedua bagi pemanduan melebihi 300 kilometer atau lebih empat jam berterusan,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambahnya, antara kesalahan lain yang dikesan adalah 23 buah bas didapati tiada buku log atau tidak kemas kini buku log pemandu dan satu kes tiada pemandu pelancong.

Katanya, secara keseluruhan, sebanyak 273 saman atas pelbagai kesalahan dan kesalahan teknikal telah dikeluarkan.

Kenyataan itu berkata, penguatkuasaan tersebut dijalankan bagi memantau, mengesan dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan