Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ibrahim Baki mengagihkan biskut percuma di sekitar premis perniagaan. Foto: TVS

Warga Satok terima agihan biskut percuma sempena Krismas

KUCHING, 23 Dis: Sempena sambutan Hari Krismas esok, sebanyak 200 bungkus biskut diagihkan di sekitar kawasan Satok hari ini.

Program tahunan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Satok itu turut menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki menyantuni sekali gus mengagihkan sendiri biskut kepada pengunjung di Thompson Cafe dan Sing Wah Yuen di Jalan Nanas, di sini.

Ibrahim menyifatkan, program sedemikian merupakan tradisi pihaknya untuk bermesra dengan masyarakat ketika musim perayaan termasuk sambutan Hari Krismas selain sebagai inisiatif mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat.

“Ia sesuatu yang bagus dan kita harus memelihara budaya sebegini di negeri kita ini untuk mengekalkan hubungan silaturahim yang erat seterusnya membina suasana harmoni dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan budaya di Sarawak kerana ia sesuatu yang sangat penting,” katanya ketika di temui selepas mengagihkan biskut percuma di sekitar premis perniagaan di Jalan Nanas, Satok di sini pada Selasa.

Program Pengagihan Biskut Krismas itu yang dikelola dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) yang lain dan diketuai oleh Pengerusi SUPP Cawangan Satok Goh Leng Yeu.

Hadir sama Ketua Pemuda SUPP Cawangan Satok Ramsay Voon dan Ketua Wanita SUPP Cawangan Satok Pauline Gan – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan