Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kegiatan memburu sekumpulan lelaki bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas tertembak oleh rakannya sendiri.

Warga emas antara 13 lelaki ditahan dalam Op Pedo di enam negeri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Dis:  Seorang warga emas antara 13 lelaki ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan seksual secara dalam talian melibatkan bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak (CSAM) menerusi Op Pedo semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata suspek berumur 74 tahun itu dan 12 yang lain ditahan dalam operasi bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) di enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu.

Beliau berkata dalam operasi yang bermula pada 9 malam, 18 pasukan terdiri daripada pegawai Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Bahagian Bantuan Teknikal (D6) dan Makmal Forensik Polis (D10) Bukit Aman dan kontinjen, serta pegawai MCMC membuat pemeriksaan ke atas 18 premis di enam negeri terbabit.

“Pemeriksaan terhadap pelbagai peranti serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik 13 suspek telah menemukan lebih kurang 40,000 CSAM dan bahan pornografi dewasa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Selain itu, Razarudin berkata pihaknya turut merampas tujuh komputer, 11 telefon bimbit, sembilan router, tujuh modem serta masing-masing satu komputer riba, cakera video digital dan cakera keras.

“Sebanyak 13 kertas siasatan dibuka dengan kesemua lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan memiliki bahan lucah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

“Daripada 13 suspek ditahan, lima individu direman empat hari, empat direman tiga hari dan dua lagi direman sehari dengan kesemua reman bermula hari ini manakala dua lagi diberi jaminan polis,” katanya.

Beliau sehubungan itu menasihati orang ramai terutama golongan remaja dan kanak-kanak agar meningkatkan kawalan kendiri, menjaga batas moral dan adab bersosial di dalam talian bagi mengelak daripada menjadi mangsa jenayah serta melaporkan sebarang penyalahgunaan rangkaian kepada pihak berkuasa.

“Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk jenayah dan tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang melakukan dan melibatkan diri dalam aktiviti jenayah,” katanya. – TVS

Tags: CSAM, MCMC, pdrm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan