Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian. Foto fail TVS

Tahun 2025 titik mula kekayaan Sarawak dikongsi kepada rakyat – Dr Sim

ByMuqri Aziz

KUCHING, 24 Dis: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, menyifatkan tahun 2025 sebagai tonggak utama dalam usaha Sarawak mencapai perkongsian kekayaan wilayah yang lebih inklusif.

Beliau berkata tahun hadapan amat penting dalam menyaksikan perjalanan menuju Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang memfokuskan kepada kemakmuran, keterangkuman, dan kelestarian alam sekitar.

2025 titik permulaan perkongsian kekayaan untuk anak Sarawak | TVS

“Tahun 2025 adalah tahun yang sangat penting untuk Sarawak kerana kita berada di pertengahan perjalanan menuju PCDS 2030 yang menekankan kemakmuran, keterangkuman serta kelestarian alam sekitar.

“Dari segi keterangkuman, ini hanyalah permulaan kepada perkongsian kekayaan Sarawak, termasuk pemberian wang saku kepada pelajar universiti, bantuan Sumbangan Asas Keperluan Sarawak (SKAS) sebanyak RM850 untuk baucer makanan dan lain-lain,” katanya menerusi perutusan Hari Krismas 2024 hari ini.

Beliau turut menyeru rakyat Sarawak untuk kekal bersatu padu dan mengekalkan kestabilan politik agar kemakmuran dan nilai-nilai negeri ini dapat terpelihara.

Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak itu berkata perpaduan yang utuh itu membolehkan kemakmuran Sarawak serta nilai-nilainya dapat terpelihara demi mencapai visi dan misi menerusi PCDS 2030 dan secara tidak langsung dijulang sebagai visi terbaik Sarawak.

Dalam perutusan Hari Krismas 2024 itu juga beliau berharap musim perayaan ini dapat membawa kegembiraan dan mempereratkan ikatan kekeluargaan di kalangan rakyat Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan