Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto TVS

Semangat perpaduan dalam kepelbagaian

KUCHING, 24 Dis: Masyarakat di negeri ini diseru untuk terus berpegang kepada prinsip rasional serta menghindari tindakan yang boleh menggugat perpaduan rakyat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata nilai saling menghormati amat penting dalam kalangan masyarakat Sarawak yang berbilang kaum dan agama.

Semangat perpaduan dalam kepelbagaian | TVS

Menurutnya Sarawak adalah contoh terbaik bagi negara dalam mengamalkan perpaduan dalam kepelbagaian.

“Tidak kira apa pegangan agama kita atau pandangan kita mengenai isu-isu tertentu, janganlah kita mengenepikan nilai hormat-menghormati antara sesama kita Anak Sarawak di dalam pergaulan kita pada setiap masa.

“Bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit inikan kita sesama manusia dengan pelbagai ragam dan perbezaan, namun, kita terus sentiasa rasional dengan tindak-tanduk dan menghindarkan diri daripada mengwujudkan keadaan yang boleh menggugat perpaduan utuh yang telah kita sama-sama bina selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas 2024 pada Selasa.

Perutusan khas sempena Hari Krismas oleh Premier Sarawak | TVS

Menyentuh mengenai tradisi kunjung-mengunjung di musim perayaan, jelasnya ia merupakan satu cerminan budaya yang telah lama wujud di Sarawak yang menunjukkan kesepakatan dan keharmonian dalam masyarakat.

Beliau mengingatkan agar masyarakat Sarawak terus memupuk sikap saling menghormati dan menjaga keharmonian dalam kehidupan seharian, tanpa mengira perbezaan yang ada.

“Inilah nilai masyarakat kita di Sarawak yang telah kita hayati dan pupuk sekian lama dan merupakan suatu legasi yang diturunkan kepada kita oleh
generasi sebelum kita,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan