Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Singapura menyuarakan kebimbangan berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014, lapor Xinhua. Foto AFP

Polis Singapura beri amaran kes pemandu mabuk meningkat

ByBernama

SINGAPURA, 24 Dis: Polis Singapura menyuarakan kebimbangan berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014, lapor Xinhua.

Dalam tempoh 10 bulan pertama 2024, sebanyak 142 kemalangan melibatkan pemandu mabuk dilaporkan termasuk 10 kemalangan maut, menurut kenyataan pihak polis.

Sebagai tindak balas, pihak berkuasa melakukan operasi besar-besaran di seluruh negara selama dua hari, bermula Jumaat hingga Sabtu bagi menangani kesalahan ini.

Pada Sabtu lalu, polis melaksanakan sekatan jalan raya di Central Expressway, yang menyaksikan 12 pemandu ditahan.

Daripada jumlah itu, 11 orang ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk manakala seorang lagi ditahan kerana memandu tanpa lesen sah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan