Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini malam tadi, telah dikenal pasti. Foto Bernama

Nahas KM204: Identiti lima mangsa maut dikenal pasti

ByBernama

ALOR GAJAH, 24 Dis: Lima mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini malam tadi, telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Alo Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata mangsa yang juga pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima ialah Khairul Ikhwan Mazupi, 32, bersama penumpang Fadzlenna Ramli, Ramli Ab Wahab, 66, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, dan pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid, 56.

Beliau berkata dua lagi mangsa masing-masing seorang penumpang MPV dan bas persiaran masih belum dikenal pasti.

“Nahas tersebut yang membabitkan sebuah bas, dua lori, sebuah MPV dan sebuah kereta, dikatakan berlaku apabila sebuah lori dari arah utara ke selatan tercabut tayar dan berada di lorong tengah jalan.

“Bas yang membawa 27 penumpang dari arah sama itu telah terlanggar tayar berkenaan dan hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta sebelum bertembung dengan sebuah lagi lori dan MPV yang sedang menghala ke utara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kemalangan itu mengakibatkan tujuh mangsa meninggal dunia di tempat kejadian membabitkan seorang pemandu dan empat penumpang MPV, serta pemandu dan penumpang bas persiaran berkenaan.

“Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ashari berkata dua lagi mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Fauziah Jaafar, 69, yang merupakan penumpang MPV dan penumpang bas persiaran warga Singapura Lamrah Asid Ali, 66.

Beliau turut meminta orang ramai atau saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di talian 06-5564153 atau Pegawai Penyiasat Trafik IPD Alor Gajah, Insp Mohd Azmin Ismail (010-8182624). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan