Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menara ikonik Paris, Menara Eiffel dikosongkan pada Selasa ekoran ancaman keselamatan akibat kecemasan elektrik, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan. Foto AFP

Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif

ByBernama

ANKARA, 24 Dis: Menara ikonik Paris, Menara Eiffel dikosongkan pada Selasa ekoran ancaman keselamatan akibat kecemasan elektrik, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan.

Menurut stesen penyiar BFMTV yang memetik sumber syarikat pengendali menara SETE, satu daripada rel kuasa dalam lif menara itu mengalami litar pintas.

Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, mencetuskan penggera kebakaran pada 10.50 pagi (0950GMT).

SETE mengosongkan bangunan “selaras dengan prosedur keselamatan” dan tiada pelawat berada dalam bahaya.

Anggota bomba dan unit penyelenggaraan teknikal menara meneliti punca litar pintas. Operasi dijangka disambung secara berperingkat dengan akses ke tingkat dua dibuka semula kemudian, tambah stesen penyiar itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan