Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto TVS

Krismas rai nilai murni lambang perpaduan, keunikan Sarawak – Awang Tengah

ByMuqri Aziz

KUCHING, 24 Dis: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyeru agar rakyat wilayah ini menjadikan sambutan Hari Krismas sebagai peluang untuk memperkukuh perpaduan, toleransi dan kerjasama antara satu sama lain.

Amanat yang disampaikan beliau menerusi perutusan khas sempena Krismas hari ini juga menyifatkan Krismas bukan sahaja detik bagi meraikan kegembiraan tetapi juga untuk mendalami nilai-nilai murni seperti penyatuan, saling hormat menghormati dan kasih sayang sesama manusia.

Perayaan Krismas lambang perpaduan dan keunikan Sarawak | TVS

“Diharapkan perayaan ini akan mengukuhkan lagi perpaduan, semangat toleransi, dan kerjasama di antara kita semua tanpa mengira keturunan, budaya, latar belakang, dan pegangan agama yang berbeza.

“Kita bersatu dalam kepelbagaian. Inilah keunikan Sarawak,” ujar beliau.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak turut menegaskan bahawa Sarawak terus maju dalam aspek pembangunan, perpaduan, dan kemajuan.

Beliau dalam pada itu mengajak seluruh rakyat Sarawak untuk menumpukan semula usaha dan bekerja lebih keras demi membina masa depan yang lebih cerah serta mencapai kejayaan yang lebih besar untuk negeri tercinta ini.

“Sarawak terus melangkah ke hadapan di atas landasan pembangunan, perpaduan, dan kemajuan.

“Marilah kita semua, rakyat Sarawak, menumpukan semula usaha dan bekerja lebih keras untuk membina masa depan yang lebih gemilang untuk negeri kita,” katanya.

Beliau juga menyampaikan harapan agar kegembiraan dan keberkatan musim perayaan ini membawa keamanan, kasih sayang, dan kemakmuran kepada semua. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan