Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kremlin pada Isnin menafikan laporan media bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan Bashar al-Assad memohon perceraian

Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar Al-Assad mohon cerai

ByBernama

ISTANBUL, 23 Dis: Kremlin pada Isnin menafikan laporan media bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan Bashar al-Assad, yang berasal dari Britain, memohon perceraian dan merancang untuk meninggalkan Rusia, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Tidak, itu tidak sesuai dengan realiti,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov kepada wartawan di ibu negara Rusia, Moscow sebagai respons kepada soalan mengenai perkara itu.

Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia, yang pasangan itu telah diberikan suaka oleh Presiden Vladimir Putin selepas pasukan anti-rejim menguasai ibu negara Syria, Damsyik pada 8 Dis.

Menurut laporan, Asma al-Assad telah menyatakan “rasa tidak puas hati” dengan kehidupannya di Moscow dan berhasrat untuk berpindah ke London.

Assad, yang merupakan pemimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas kumpulan anti-rejim menguasai Damsyik, menamatkan rejim Parti Baath yang berkuasa selama 61 tahun, sejak 1963. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan