Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf yang berpangkalan di Male sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu. Foto: Ministry of Foreign Affairs Maldives

Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur

ByBernama

NEW DELHI, 23 Dis: Konsul Kehormat Malaysia yang baru dilantik di Maldives menerima exequatur pada Isnin.

Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf yang berpangkalan di Male sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu, menurut kenyataan Kementerian Luar Maldives.

Dalam pertemuan dengan Ragheb di kementerian, Khaleel menekankan peranan konsul kehormat dalam memupuk hubungan yang lebih erat serta meningkatkan interaksi antara rakyat Malaysia dan Maldives.

Konsul kehormat yang bukan diplomat profesional, dapat membantu dalam perkhidmatan konsular dan tugas lain, selain bertindak sebagai mata dan telinga negara yang melantik mereka.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Maldives dan Sri Lanka Badli Hisham Adam, kini berpangkalan di Colombo, ibu negara Sri Lanka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan