Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak telah memberi peruntukan sebanyak RM110 juta kepada Unit Hal Ehwal Agama Lain-lain (UNIFOR) bagi tahun 2025, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto fail Alex Teo (TVS)

Kerajaan Sarawak beri peruntukan RM110 juta kepada UNIFOR untuk 2025

ByAdlina Rahman

KUCHING, 24 Dis: Kerajaan Sarawak telah memberi peruntukan sebanyak RM110 juta kepada Unit Hal Ehwal Agama- Agama  Lain (UNIFOR) bagi tahun 2025, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau merangkap menteri bertanggungjawab bagi UNIFOR berkata, ia merupakan satu sumbangan besar daripada Kerajaan Sarawak, selain turut mencerminkan sokongannya terhadap rumah-rumah ibadat dan sekolah-sekolah mubaligh di seluruh negeri.

UNIFOR terima RM110 juta untuk 2025 | TVS

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sekali lagi dengan berbesar hati bersetuju untuk memberikan sejumlah RM110 juta untuk tahun 2025 kepada UNIFOR Bagi semua pihak yang berkenaan, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Abang Johari atas pemberian ini.

“Bantuan ini ibarat ‘manna dari syurga’ yang membolehkan UNIFOR meneruskan misinya membantu pembinaan, pemulihan, dan pengindahan rumah-rumah ibadat serta mengekalkan sekurang-kurangnya 20 sekolah mubaligh di seluruh negeri,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Natal 2024 hari ini.

Untuk rekod, bagi 2024, UNIFOR telah menerima bantuan peruntukan serupa dan membolehkan UNIFOR membantu 242 rumah ibadat dengan perbelanjaan RM90 juta, manakala RM20 juta lagi disalurkan kepada sekolah-sekolah mubaligh.

Dalam perutusan sama, beliau turut mengajak seluruh rakyat Sarawak untuk merayakan semangat Hari Natal selain memperkukuh keharmonian dan muhibah antara kaum di wilayah ini dengan menghadiri rumah terbuka rakan-rakan yang beragama Kristian.

“Marilah kita berpegang teguh kepada konsep Segulai Sejalai supaya orang Sarawak, kita dapat mencapai visi bersama untuk Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030 di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan