Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gergasi konfeksi British, Cadbury kehilangan status sebagai pembekal kepada Keluarga Diraja Britain selepas 170 tahun dan enam era pemerintahan monarki. Foto AFP

Cadbury hilang status pembekal Diraja selepas 170 tahun – Laporan

ByBernama

MOSCOW, 24 Dis: Gergasi konfeksi British, Cadbury kehilangan status sebagai pembekal kepada Keluarga Diraja Britain selepas 170 tahun dan enam era pemerintahan monarki, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Daily Mail.

Cadbury merupakan antara 100 syarikat yang tidak lagi mendapat sokongan rasmi daripada Keluarga Diraja selepas “Royal Warrant” atau Watikah Diraja mereka tidak diperbaharui oleh Raja Charles III.

Watikah Diraja diberikan kepada jenama yang membekalkan produk kepada Istana Diraja secara konsisten selama sekurang-kurangnya lima tahun, menurut laporan itu.

Kehilangan status pembekal itu berlaku selepas Cadbury diambil alih oleh pesaingnya dari Amerika Syarikat, Mondelez dan dakwaan seterusnya bahawa Cadbury “mengkhianati warisannya” dengan memperkenalkan resipi baharu yang dianggap pelik serta memindahkan pengeluaran coklatnya ke luar negara.

Menurut laporan itu, Ratu Victoria kali pertama menganugerahkan “Royal Warrant” kepada Cadbury pada 1854.

Mendiang Ratu Elizabeth II juga dikenali sebagai peminat setia jenama itu dan sering menerima kotak coklat Cadbury setiap kali sambutan Krismas.

Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pembekalan produk Cadbury kepada Keluarga Diraja dilaporkan merosot secara mendadak.

Selain itu, pengeluar barangan pengguna dan makanan antarabangsa, Unilever turut dilaporkan menerima nasib yang sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan