Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto fail TVS

Bukan tamak, cuma pertahan hak

KUCHING, 24 Dis: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sekali lagi menegaskan perjuangan Sarawak untuk mengembalikan dan mempertahankan hak-hak negeri ini bukanlah satu tindakan untuk kepentingan peribadi atau untuk mencetuskan konflik.

Sebaliknya, jelas beliau setiap langkah yang diambil oleh kerajaan Sarawak adalah berlandaskan prinsip undang-undang yang sah.

“Sebagai anak Sarawak, kita amat bersyukur kerana kita boleh bersatu dan bekerjasama untuk memajukan Sarawak serta mempertahankan hak Bumi Kenyalang.

“Perjuangan kita untuk mengembalikan dan mempertahankan hak Sarawak bukanlah kerana kita tamak atau ingin mencetuskan pertikaian, setiap tindakan kita berlandaskan kepada lunas undang-undang,” katanya.

Dalam perutusan sempena Hari Krismas 2024, Abang Johari berkata perjuangan ini adalah demi masa depan Sarawak yang lebih gemilang dan bukan untuk kepentingan segelintir pihak yang berkepentingan.

Abang Johari turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan rasa syukur atas perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat Sarawak.

Beliau menyifatkan ia sebagai elemen penting dalam perjuangan berterusan untuk memulihkan dan mempertahankan hak-hak Sarawak, terutama dalam kerangka undang-undang negeri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan