Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata usaha ini adalah untuk membawa Sarawak ke tahap tinggi sebaris dengan negara-negara maju, demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Foto fail TVS

Abang Johari garis visi bangun aset strategik

KUCHING, 24 Dis: Sarawak komited dalam menggariskan visi masa depan wilayah ini dengan menekankan pembangunan aset strategik yang dilaksana dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata usaha ini adalah untuk membawa Sarawak ke tahap tinggi sebaris dengan negara-negara maju, demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

“Dalam semangat Krismas yang penuh harapan, kami komited untuk membangunkan dan memperoleh aset-aset utama yang akan membuka jalan bagi kemajuan Sarawak.

“Proses ini memerlukan masa, namun visi kami jelas untuk menaikkan Sarawak dan memastikan negeri ini setanding dengan negara-negara yang sudah mencapai status negara maju,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan rasmi sempena sambutan Hari Krismas 2024 di Kuching pada Selasa.

Abang Johari mengakui bahawa pencapaian ini memerlukan usaha yang besar dan sekali gus menyeru agar rakyat Sarawak terus fokus dan bersatu dalam menghadapi cabaran.

Dalam perutusan sama, beliau menegaskan bahawa adalah penting untuk terus berusaha tanpa membenarkan gangguan daripada pihak-pihak yang ingin melihat Sarawak terus ketinggalan.

“Kita perlu bekerja keras untuk merealisasikan visi ini dan mengelakkan daripada terganggu oleh elemen-elemen yang mahu melihat kita sentiasa di belakang mereka.

“Ini adalah masa untuk kita rakyat Sarawak bersatu, teguh dalam pendirian, dan menjadi bangsa yang berani untuk menentukan masa depan kita sendiri,” ujar beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan