Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rusia mempengerusikan BRICS pada 2024, dengan acara utama jawatan presiden ialah Sidang Kemuncak BRICS di Kazan pada 22 hingga 24 Oktober. Foto fail AFP

9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025

ByBernama

MOSCOW, 24 Dis: Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Jan 2025, kata pembantu Kremlin Yury Ushakov pada Isnin.

“Menjelang sidang kemuncak di Kazan, kami menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat,” katanya, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Tidak dinafikan, satu daripada keputusan terpenting sidang kemuncak itu ialah penubuhan kategori negara rakan kongsi BRICS dan persetujuan mengenai senarai 13 negara. Cadangan telah dihantar ke negara-negara ini.

“Sehingga kini, Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Cuba, Malaysia, Thailand, Uganda dan Uzbekistan telah mengesahkan kesediaan mereka untuk menjadi negara rakan kongsi BRICS,” kata Ushakov pada taklimat, sambil menambah bahawa negara ini secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Jan 2025.

“Kami menjangkakan akan menerima maklum balas dalam masa terdekat daripada empat negara lain yang jemputan juga telah dihantar,” kata pembantu itu.

Lebih daripada 20 negara menunjukkan minat terhadap usaha BRICS dan pintu persatuan itu tetap terbuka untuk kemasukan individu yang berfikiran sama, tambah Ushakov. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan