Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Taman Bilangan, Jalan Coastal Bintulu - Miri pagi tadi. Foto JBPM

Seorang cedera dalam kemalangan babitkan tiga kenderaan

BINTULU, 23 Dis: Seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Taman Bilangan, Jalan Coastal Bintulu – Miri di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Abdullah Sedi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 8.55 pagi dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu treler tangki, lori barangan (2 tan) dan kenderaan Proton Saga.

“Pemandu treler tangki dan lori barangan dalam keadaan selamat manakala terdapat seorang mangsa yang memandu Proton Saga mengadu mengalami kecederaan di bahagiaan pinggul, namun mangsa tidak tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba membuat size up dan mengarahkan anggota untuk mengeluarkan mangsa menggunakan strecther.

“Setelah mangsa berjaya dikeluarkan, pihak bomba menyerahkan mangsa kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan susulan dan pihak bomba menyerahkan tindakan seterusnya kepada pihak polis,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan