Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ratusan penduduk berkumpul untuk upacara berkabung di bandar Magdeburg, Jerman, pada Ahad, selepas serangan maut di pasar Krismas yang mengorbankan lima orang dan mencederakan 200 orang, lapor agensi berita Jerman (dpa). Foto AFP

Ratusan hadir upacara berkabung di Magdeburg selepas serangan pasar Krismas

ByBernama

MAGDEBURG (Jerman), 23 Dis: Ratusan penduduk berkumpul untuk upacara berkabung di bandar Magdeburg, Jerman, pada Ahad, selepas serangan maut di pasar Krismas yang mengorbankan lima orang dan mencederakan 200 orang, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Keluarga dan orang ramai dari pelbagai peringkat umur datang ke gereja Johanniskirche, tempat utama untuk upacara berkabung itu. Ramai yang menitiskan air mata dan berpelukan antara satu sama lain. Mereka berdiri dengan tenang, memandang lautan bunga yang semakin berkembang.

Sebuah kereta meluncur melalui pasar Krismas bandar itu pada petang Jumaat, meninggalkan jejak kematian dan huru-hara. Suspek yang didakwa kini berada dalam tahanan menunggu perbicaraan.

Menteri Eropah Perancis Benjamin Haddad dijangka pada Ahad akan meletakkan karangan bunga untuk mangsa serangan di Katedral Magdeburg, menurut pejabat kerajaan negeri.

Menteri Kehakiman Saxony-Anhalt Franziska Weidinger dan wakil bandar juga dijangka hadir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan