Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut, lapor Xinhua. Foto hiasan Envato

Polis New York tahan lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut

ByBernama

NEW YORK, 23 Dis: Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut, lapor Xinhua.

Lelaki itu berjalan ke arah mangsa dan membakarnya sekitar 7.30 pagi (1230 GMT) ketika kereta api F tiba di perhentian terakhir stesen Coney Island-Stillwell Avenue, menurut Pesuruhjaya Polis New York City Jessica Tisch dalam sidang akhbar.

Mangsa disahkan meninggal dunia setelah api dipadamkan. Tisch berkata suspek tetap berada di tempat kejadian dan duduk di bangku di luar tren sambil menyaksikan mangsa terbakar.

Suspek ditangkap berdasarkan maklumat daripada penumpang lain tren pada hari yang sama.

Identiti suspek dan mangsa masih dirahsiakan. Ketua Transit Jabatan Polis New York City Joseph Gulotta bagaimanapun mendedahkan suspek adalah seorang pendatang dari Guatemala yang tiba di Amerika Syarikat pada 2018.

Penyiasat percaya suspek dan mangsa tidak saling mengenali dan motif suspek masih dalam siasatan.

Jenayah mengejutkan itu mendapat perhatian meluas, menonjolkan isu jenayah yang berterusan dalam sistem kereta api bawah tanah New York City. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan