Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak bomba terpaksa memecahkan cermin pintu bahagian belakang untuk membuka pintu dan ruang kerja mengeluarkan mangsa selepas kereta dipandu terbabas dan masuk ke dalam parit berhadapan bangunan Pejabat MPOB, Saratok, pagi tadi. Foto JBPM

Pihak bomba terpaksa pecahkan cermin pintu bantu keluarkan mangsa kemalangan

SARATOK, 23 Dis: Pihak bomba terpaksa memecahkan cermin pintu bahagian belakang untuk membuka pintu dan ruang kerja mengeluarkan mangsa selepas kereta dipandu terbabas dan masuk ke dalam parit berhadapan bangunan Pejabat MPOB di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.56 pagi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Satok ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah kereta Proton Persona terbabas dan masuk ke dalam parit dan seorang mangsa lelaki berusia 55 tahun berada di dalam kereta.

“Pihak bomba terus melakukan operasi dengan memecahkan cermin pintu bahagian belakang untuk membuka pintu dan ruang kerja untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah pintu berjaya dibuka dengan peralatan khas, Pasukan Khas EMRS masuk ke dalam kereta untuk melakukan perawatan awal dengan memasang cervical collar.

“Mangsa dikeluarkan dengan menggunakan spinal board dan seterusnya membawa mangsa ke hospital menggunakan jentera EMRS dan cuma mengalami kecederaan ringan di bahagian temporal,” ujarnya.-TVS

Tags: EMRS, MPOB, Saratok

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan