Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keluarga penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan pada 27 dan 28 Dis ini sempena Krismas bagi semua institusi penjara, termasuk di Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney. Foto Bernama

Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Keluarga penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan pada 27 dan 28 Dis ini sempena Krismas bagi semua institusi penjara, termasuk di Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.

Jabatan Penjara Malaysia (JPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keutamaan lawatan diberi kepada penghuni beragama Kristian. Walau bagaimanapun, pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman dari luar, tetapi boleh dibeli di kantin penjara.

“Pelawat perlu mematuhi syarat antaranya waktu lawatan bermula dari pukul 8.15 pagi hingga 4.15 petang dan perlu membawa Kad Lawatan serta Kad Pengenalan bagi memudahkan urusan,” menurut kenyataan itu.

Pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni kerana semua kemudahan asas sudah disediakan oleh JPM.

“Sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, mereka perlu mendapatkan resit rasmi PPT. 28 sebagai akuan penerimaan.

“Pelawat adalah tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara,” menurut kenyataan itu.

JPM memaklumkan bagi perjumpaan secara dalam talian akan dilaksanakan mulai 29 hingga 31 Dis ini, bagi memberi peluang kepada keluarga yang tidak dapat hadir ke penjara untuk perjumpaan bersemuka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan