Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto KPWK

KPWK komited pastikan wanita diberi peluang memimpin

ByAsmah Adenan

KUCHING, 23 Dis: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) terus komited memperjuangkan dasar dan inisiatif yang mempromosikan kesaksamaan jantina menjelang 2025.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, visi utama adalah untuk melihat wanita diberi peluang memimpin dalam semua bidang kehidupan.

KPWK komited pastikan wanita diberi peluang memimpin | TVS

“Melalui kerjasama dengan pemimpin tempatan, organisasi dan rakan antarabangsa, kami berhasrat untuk mengukuhkan sistem yang melayani populasi yang paling terdedah dan memastikan tiada sesiapa yang tercicir.

“Bersama-sama kita akan membina masa depan yang lebih cerah dan inklusif yang mana setiap individu mempunyai peluang untuk merealisasikan potensi penuh mereka,” katanya.

Selain itu katanya, ia juga bagi memastikan akses kepada pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti serta menyokong penyelesaian yang dipacu oleh komuniti untuk meningkatkan kesihatan, keselamatan dan kemakmuran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan