KUCHING, 23 Dis: Sebuah kereta terbakar di Jalan Bako, Demak Laut di sini, awal pagi tadi.
Komander Operasi, Said Muhammad Imran Sahul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.30 pagi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabun Jaya ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah kenderaan yang terbakar keseluruhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak bomba bertindak membuat operasi pemadaman satu aliran salur bantu mula untuk mengawal dan memadam kebakaran.
“Bagaimanapun, kebakaran tiada melibatkan mangsa.Setelah selesai membuat pemadaman dan memastikan tiada lagi punca api serta keadaan di lokasi selamat pihak bomba bertolak balik ke balai.-TVS