Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pertubuhan Kebajikan Pengguna Sarawak telah mengadakan Program Petrol Percuma sempena kempen Keselamatan Jalan raya kepada para pelanggan bertempat di Petronas Taman Hui Sing. Foto JPJ Sarawak

Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Krismas

KUCHING, 23 Dis: Pertubuhan Kebajikan Pengguna Sarawak telah mengadakan Program Petrol Percuma sempena kempen Keselamatan Jalan raya kepada para pelanggan bertempat di Petronas Taman Hui Sing kelmarin.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak dalam kenyataan berkata, objektif program dilaksanakan untuk memberi petrol percuma kepada pelanggan disamping berkongsi tentang pentingnya keselamatan di jalan raya sempena perayaan Hari Krismas.

Program telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap.

Hadir mewakili JPJ Sarawak pada program itu ialah Ketua Bahagian Kanan Pengurusan JPJ Sarawak, Christopher Alex Boniface Barau,

Diharapkan program seumpama ini dapat membentuk sikap bertoleransi dan bertimbang rasa ketika memandu kenderaan di jalan raya di samping melahirkan pengguna jalan raya yang berhemah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan