Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia Bhd Datuk Muhammad Umar Swift. Foto fail Bernama

CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Bursa Malaysia Bhd pada Isnin mengesahkan telah memulakan pelan penggantian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Muhammad Umar Swift yang dilaporkan media berhasrat melepaskan jawatan itu.

Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata “telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat.”

“Atas alasan itu, Lembaga Pengarah Bursa Malaysia menerusi jawatankuasa pencalonan dan saraan, sedang dalam proses memulakan penggantian CEO,” katanya.

Laporan media menyatakan jawatan Muhammad Umar berkemungkinan diambil alih oleh Datuk Fad’l Mohamed yang pada masa ini merupakan pengarah urusan perbankan borong kumpulan RHB Bank Bhd. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan