Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa jalan di sekitar Bandaraya Kuching akan ditutup sempena Program Countdown 2025 yang akan diadakan di Tebingan Kuching. Foto IPD Kuching

Beberapa jalan di Bandaraya Kuching ditutup sempena Program Countdown 2025 di Tebingan Kuching

KUCHING, 23 Dis: Beberapa jalan di sekitar Bandaraya Kuching akan ditutup sempena Program Countdown 2025 yang akan diadakan di Tebingan Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, penutupan jalan itu akan dilakukan bermula jam 8 pagi pada 31 Disember 2024 hingga 1 pagi, 1 Januari 2025.

Menurutnya, jalan-jalan terlibat ialah Jalan Main Bazaar (dari arah Lebuh Wayang), Jalan Gambier (dari arah Jalan Lebuh Java) dan Jalan Gambier (dari arah Jalan Market) yang akan ditutup pada 31 Disember 2024 hingga jam 1 pagi, 1 Januari 2025.

“Manakala Jalan Lebuh Java (dari arah Jalan Market), susur masuk ke Jalan Wawasan (dari Jalan Tun Abang Haji Openg dan lampu isyarat Jalan Wawasan), susur Wisma Pelita (ke Jalan Lebuh Wayang), susur masuk McDougal (ke jalan Lebuh Wayang) dan lampu isyarat St Mary (dari arah Jalan Tabuan menghala ke Jalan Lebuh Mayang) akan ditutup pada 31 Disember 2024 bermula 4 petang hingga 1 pagi, 1 Januari 2025,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pihak polis memohon kerjasama orang ramai agar tidak meletakkan kenderaan di sepanjang jalan dan menasihati orang ramai agar merancang perjalanan serta memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Traffik Daerah Kuching di talian 082-259900.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan