Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh semasa meninjau pemantauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024 di LePapa Supermarket hari ini. Foto KPDN Sarawak

14 barangan harga terkawal diwartakan bagi SHMMP Krismas 2024 di Sarawak

ByAsmah Adenan

KUCHING, 23 Dis: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah menggerakkan 214 Pegawai Penguatkuasa dan 97 Pegawai Pemantau Harga di lokasi strategik di seluruh Sarawak bagi memantau keberadaan bekalan dan pematuhan serta pemeriksaan di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, sebanyak 14 jenis barangan harga terkawal yang akan diwartakan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024 termasuk ayam tua hidup, babi hidup, daging kambing biri-biri bertulang import, kubis bulat import, tomato, lada benggala hijau, ubi kentang import, cili merah, bawang merah besar import, bawang kuning besar, lobak merah, kepak ayam, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

14 barangan harga terkawal SHMMP Krismas 2024 di Sarawak | TVS

Menurutnya, pemantauan dijalankan bagi mengesan ketidakpatuhan atau menyiasat aduan pengguna supaya mana-mana ketidakpatuhan oleh peniaga boleh diambil tindakan mengikut perundangan yang ditetapkan.

“KPDN Sarawak akan mempertingkatkan keberadaan (omnipresence) anggota-anggota penguatkuasa dan pegawai pemantau harga di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pengguna bagi  mewujudkan persekitaran perniagaan dan beli-belah yang selamat dan beretika.

“Pegawai Penguatkuasa KPDN Sarawak telah menjalankan pemeriksaan ke atas 76,853 premis sejak 1 Januari 2024 hingga 20 Disember 2024, menghasilkan 798 kes dengan nilai kompaun RM360,750 dengan anggaran nilai sitaan berjumlah RM22,713,690.87,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh telah mengadakan lawatan di LePapa Supermarket, Siniawan bagi meninjau pemantauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024 yang mula dikuatkuasa dari 23 hingga 27 Disember ini.

Katanya, mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Harga maksimum yang telah ditetapkan untuk SHMMP Krismas 2024 di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di www.kpdn.gov.my.

Sehubungan dengan itu, KPDN meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan sebarang aduan melalui saluran WhatsApp 019-848 8000 atau e-mel e-aduan@.kpdn.gov.my atau Call Centre 1-800-886-800 atau Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan