Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto AFP

Suspek insiden Magdeburg bertindak sendirian – Polis

ByBernama

MAGDEBURG (Jerman), 21 Dis: Suspek dalam insiden rempuhan kereta di bandar Magdeburg, Jerman didapati bertindak sendirian, kata pihak polis, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Jurucakap polis semasa sidang media di Magdeburg pada petang Sabtu berkata berdasarkan perkembangan semasa siasatan, kemungkinan wujudnya suspek kedua boleh diketepikan.

Menurut Ketua Balai Polis Magdeburg, Tom-Oliver Langhans suspek menggunakan laluan kecemasan untuk sampai ke dataran utama.

Keseluruhan insiden itu berlangsung selama kira-kira tiga minit, tambahnya.

Suspek yang merempuh kereta ke arah orang ramai di pasar Krismas di bandar itu pada Jumaat menyebabkan lima maut dan 200 yang lain cedera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan