Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

Rakyat Maghribi bantah keganasan Israel di Gaza

ByBernama

RABAT (Maghribi), 22 Dis: Rakyat Maghribi mengadakan protes pada Sabtu bagi membantah kekejaman Israel di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

Demonstrasi dianjurkan oleh kumpulan masyarakat sivil Palestine Support Front di bandar Wejda dan Bin Suleiman, ketika penunjuk perasaan mengecam operasi ketenteraan Israel di Gaza.

Para peserta demonstrasi melaungkan slogan seperti “Rakyat Maghribi menolak normalisasi”, “Tanah ini milik kita” dan “Kami semua bersedia berkorban, Gaza tetap teguh,” sambil mengibarkan bendera Palestin.

Serangan udara dan operasi ketenteraan Israel di Gaza sejak 7 Okt 2023 telah mengorbankan 45,227 rakyat Palestin, termasuk 17,492 kanak-kanak dan 11,979 wanita.

Lebih daripada 107,573 mangsa dilaporkan cedera, dengan ribuan lagi dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang musnah.

Kemudahan awam, termasuk hospital dan institusi pendidikan yang dijadikan tempat perlindungan bagi orang awam, turut menjadi sasaran dan dimusnahkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan