Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Sri Lanka memulakan proses pemeriksaan bas penumpang di seluruh negara berikutan beberapa siri nahas membabitkan bas dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menurut seorang pegawai kanan polis pada Ahad. Foto hiasan Envato

Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan

ByBernama

COLOMBO, 22 Dis: Polis Sri Lanka memulakan proses pemeriksaan bas penumpang di seluruh negara berikutan beberapa siri nahas membabitkan bas dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menurut seorang pegawai kanan polis pada Ahad, lapor Xinhua.

Pemangku Ketua Polis Negara Priyantha Weerasooriya berkata berdasarkan siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.

Beliau turut menyebut tentang kes pemandu bas yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Walaupun polis melancarkan pemeriksaan bas secara rawak di seluruh negara, Weerasooriya menggesa orang ramai untuk melaporkan pemanduan berbahaya oleh pengendali bas dengan menghubungi talian 119 atau 1997.

Weerasooriya berkata seramai 2,243 rakyat Sri Lanka terkorban dalam kemalangan jalan raya antara 1 Jan hingga 13 Dis tahun ini. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan