Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib juara edisi 2022 Vietnam menepati ramalan melangkah ke peringkat separuh akhir dengan bergaya selepas mengalahkan Myanmar 5-0 pada aksi terakhir Kumpulan B saingan Piala ASEAN 2024, malam ini. Foto asean.cup (IG)

Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Naib juara edisi 2022 Vietnam menepati ramalan melangkah ke peringkat separuh akhir dengan bergaya selepas mengalahkan Myanmar 5-0 pada aksi terakhir Kumpulan B saingan Piala ASEAN 2024, malam ini.

Kejayaan di Stadium Viet Tri itu menyaksikan pasukan tuan rumah di bawah bimbingan Kim Sang-sik itu muncul juara kumpulan B dengan mengumpul 10 mata.

Namun demikian Vietnam terpaksa menunggu pada minit ke-48 separuh masa kedua untuk mendahului, selepas kedua-dua pasukan buntu dan terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama.

Gol pertama mereka dijaringkan Vi Hao Bui pada minit ke-48, sebelum Rafaelson Bezerra Fernandes menjaringkan gol kedua selang tujuh minit kemudian bagi menjadikan kedudukan 2-0.

Nguyen Quang Hai terus memberi keselesaan buat Vietnam, selepas melebarkan lagi kedudukan menerusi jaringan ketiga pasukan pada minit ke-74.

Tidak cukup dengan itu, Vietnam mengukuhkan kedudukan dengan menyumbat dua lagi gol pada masa kecederaan menerusi Rafaelson diikuti Nguyen Tien Linh, menjadikan kedudukan akhir 5-0.

Sementara itu, Filipina turut melakar kemenangan 1-0 ke atas Indonesia sekali gus mengesahkan kemaraan ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B.

Pada aksi di Stadium Manahan di Surakarta, jaringan tunggal Bjorn Kristensen pada minit ke-63 itu sudah cukup memadai bagi membenam hasrat Indonesia untuk melangkah ke saingan separuh akhir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan