Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasbi bersama-sama tetamu lain memeriahkan Majlis Makan Malam, Segulai Sejalai, Cuepacs Negeri Sarawak. Foto: TVS.

Penjawat awam perlu tingkat prestasi, berkhidmat lebih baik

LIMBANG, 22 Dis: Penjawat awam dituntut untuk meningkatkan prestasi dan berkhidmat dengan lebih baik setimpal dengan kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, perlaksanaan SSPA itu bukti kerajaan mengiktiraf peranan penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan.

“Langkah di bawah kepimpinan Perdana Menteri kita adalah tepat bagi mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat di negara ini.

“Dengan adanya pelarasan gaji tersebut kerajaan berharap penjawat awam di negara ini dapat meningkatkan prestasi kerja yang cemerlang di masa akan datang,” kata Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang pada Majlis Makan Malam Segulai Sejalai Cuepacs Negeri Sarawak di sebuah hotel di Limbang malam tadi.

Turut hadir Timbalan Presiden Dua Cuepacs Azman Shah Abdul Rahman, Pengerusi, Cuepacs Negeri Sarawak, Jubilee Jineh dan Pengurus Stesen, Radio Televisyen Malaysia (RTM) Limbang, Muhamad Zakwan Yusof.

Menurutnya, dalam usaha memartabatkan penjawat awam di negeri ini, Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan dua bulan bonus kepada penjawat awam negeri.

Manakala penjawat awam Persekutuan akan diberi bantuan kewangan (BKK) sebanyak RM700.

Sarawak ujarnya merupakan satu-satunya negeri di Malaysia memberi bantuan kewangan kepada penjawat awam Persekutuan yang bertugas di Sarawak sebagai tambahan kepada pelarasan gaji dalam SSPA. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan