Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan orang awam di Sungai Kampung Punti, Padang Ampang dekat Kuala Kangsar hari ini. Foto JBPM

Mayat lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan di Kuala Kangsar

ByBernama

IPOH, 22 Dis: Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan orang awam di Sungai Kampung Punti, Padang Ampang dekat Kuala Kangsar hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa didapati tidak menunjukkan kesan kecederaan lain secara fizikal, yang boleh menjerumuskan kepada unsur-unsur jenayah.

Beliau berkata laporan polis berkenaan insiden itu diterima kira-kira 11 pagi tadi.

“Mayat lelaki itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Heisham berkata pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes itu boleh menghubungi Ketua Polis Balai Kuala Kangsar Insp Wan Mohd Zakirudin Arifin di talian 013-3669469 atau 05-7762222. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan