Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis dan keadaan kenderaan mangsa terbabit kemalangan di Jalan Temalat Song. Foto PGOB Sarawak

Lelaki maut kemalangan ngeri motosikal, lori

SONG, 22 Dis: Seorang lelaki maut dalam insiden kemalangan ngeri membabitkan sebuah motosikal dan lori di Jalan Temalat di sini, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu, menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Abang Fadzil Abang Marzuki berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 2.27 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk menghulurkan bantuan.

“Lokasi kejadian kini terletak kira-kira 10 kilometer (km) dari Balai Bomba dan Penyelamat Song,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian, bomba mendapati motosikal jenis Modenas yang dinaiki mangsa rosak teruk akibat pelanggaran itu.

Sementara penunggang motosikal terbabit katanya berada di bawah tayar Lori.

“Kita bertindak membantu mengangkat mayat mangsa sebelum menyerahkankan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya.

“Identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan