Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

Korea Selatan lancar satelit pengintip ketiga

ByBernama

SEOUL, 22 Dis: Korea Selatan telah melancarkan satelit pengintip ketenteraan ketiga buatan tempatan dari pusat angkasa Amerika Syarikat (AS) di California menggunakan roket SpaceX Falcon 9, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut kementerian pertahanan, roket Falcon 9 dilaporkan berlepas seperti yang dijadualkan pada 8.34 malam Sabtu dari Pangkalan Angkasa Vandenberg.

Ini merupakan satelit ketenteraan ketiga yang dilancarkan di bawah rancangan Korea Selatan untuk memperoleh lima satelit pengintip menjelang 2025 bagi meningkatkan pemantauan terhadap Korea Utara.

Korea Selatan melancarkan satelit pengintip pertamanya pada Disember tahun lepas, diikuti dengan pelancaran kedua pada April. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan